Klik untuk Senarai Nama

Klik untuk Biografi Penyusun Teromba

Klik untuk Tokoh Rao Bulan Ini

Klik untuk Sudut Dakwah dan Soal-Jawab Agama

Klik untuk Muaturun Bahan-bahan Ilmiah

September 2010
ISRKJSA

 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

 



  • http://google.com.my
  • http://utusan.com.my
  • http://bernama.com.my
  • Anda Pengunjung Ke :

    Mengenai Kami (jaro)

    VISI PERDANA JARO

     

    Jalinan Anak Rao (JARO) adalah umpama sebuah armada yang menghimpunkan bahtera-bahtera kecil yang membawa belayar anak-anak Rao Malaysia  untuk menuju kehidupan yang sejahtera. Armada ini akan terus menyulam kemas nasab silaturahim anak-anaknya atas prinsip waheed -  temu muafakat, menuai berkat .

     

    Setiap anak Rao adalah digalakkan untuk belayar bersama bahtera-bahtera kecil JARO ke destinasi pilihan masing-masing. Ada  yang menuju pelabuhan kebajikan, ada yang menuju pelabuhan pendidikan, ada menuju pelabuhan perniagaan dan sebagainya.

     

    Insyallah, armada ini akan sentiasa kita lengkapkan dengan segala kemudahan yang terdaya dan termampu bagi memberi keselesaan kepada anak-anaknya. Anggaplah setiap keringat, akal, wang, harta dan tindakan yang disumbangkan secara sukarela kepada bahtera ini adalah suatu jual-beli dengan Allah Ta'ala yang amat menguntungkan.

     

     

    MISI SETIAP BAHTERA JARO

     

    Nama Bahtera Kecil    -    Surau Ehyaul Qulub

    Alamat Pemukiman     -    Kg Jeram Bangkin, Dong, Raub, Pahang

    Nakhoda                       -    Tengku Mustapha bin Tengku Seti

    Ditubuhkan                   -    Oktober 1964

    Destinasi Tujuan          - 

    • Mengumpul dan menyusun nasab keturunan Rao Malaysia mengikut kaedah-kaedah Islam yang telah dimulakan oleh  al-Marhum Syeikh Imam Ishak bin Muhammad Arif al-Khalidi an-Naqsyabandi ar-Rawi melalui Khazanah Teromba Rao Keturunan Sebahagian Suku Rao Yang Menetap Di Malaysia Sejak Abad 16 Hingga Abad 20;

    • Menjalankan kerja-kerja dakwah mengikut pegangan dan kaedah al-Marhum Syeikh Imam Ishak bin Muhammad Arif al-Khalidi an-Naqsyabandi ar-Rawi yang bersandarkan  Syeikh Abu Hasan al-Asy`ari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi (usuluddin/tauhid @ iman), Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah Yang Empat (feqah/syariat @ islam) dan Syeikh Junaid al-Baghdadi dalam bidang tasauf/tareqat @ ihsan;

    • Menggunakan kecanggihan teknologi maklumat untuk mewujudkan Sistem e-Nasab yang bukan sahaja dapat menghubungkan susur-galur nasab Rao SeMalaysia, malah memperluaskan  jariah ini kepada suku-suku serumpun, keturunan Raja-Raja Melayu dan salasilah Guru-Guru Mursyid; dan

    • Menghebahkan kepada masyarakat umum mengenai pencapaian dan sumbangan masyarakat Melayu Rao terhadap perkembangan Islam serta pembinaan peradaban bangsa Melayu di seluruh Tanah Jawi mengikut sumber-sumber yang muktabar

       

     

     

     

     

     

     
     
    Mengenai Kami Senarai Nama Gambar Kenangan Sertai Kami Hubungi Kami